Rabu, 11 September 2013

PERKHIDMATAN TUISYEN

       Bertemu lagi dalam coretan seterusnya. Perkhidmatan tuisyen? Bagaimana tu? Ha..mari saya terangkan. Perkhidmatan tuisyen yang saya sediakan adalah mengajar pelajar-pelajar di rumah mereka sendiri. Ibu bapa tidak perlu bersusah payah menghantar anak-anak dan ini tentunya menjimatkan masa mereka:) Suka tak suka tak?  Bukannya apa...aktiviti ibu bapa dan pelajar amatlah padat setiap hari. Seharian melakukan tugasan cukup memenatkan. Setiap daripada kita berhak untuk mendapat rehat yang cukup agar dapat melaksanakan tugas baru pada hari berikutnya...

       Saya mempunyai pengalaman selama 4 tahun mengajar home tuition. Matlamat utama home tuition ini adalah membantu pelajar-pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran. Contohnya, kalau dulu dapat D, saya akan usaha membantu pelajar itu untuk mendapat lebih baik dari itu. Apa yang penting? Kerjasama antara pelajar dan juga saya sebagai cikgu tuisyen mestilah selari bagi memastikan kejayaan itu tercapai.

       Tempoh pengajaran adalah mengikut jam. Minima 2 jam diperuntukkan untuk sekali sesi. Saya menggunakan teknik 'teach and exercise'. Memberi penerangan tentang topik itu, kemudian  memberi latihan kepada pelajar tersebut. Seandainya pelajar masih belum memahami topik itu, penerangan demi penerangan akan disampaikan. Komunikasi dua hala diterapkan agar pelajar proaktif dan secara tidak langsung mampu meningkatkan daya ingatan pelajar. Soalan-soalan yang sukar difahami oleh pelajar akan dibincangkan bersama. Ujian akan diberikan bagi setiap topik yang dipelajari.

         Buku latihan akan diberikan. Di samping itu, satu kad laporan atau report card  akan diperuntukkan kepada setiap pelajar. Mengapa perlu ada report card? Tujuannya adalah sebagai rujukan kepada ibu bapa, pelajar dan saya sendiri tentang prestasi pelajaran pelajar. Bukan itu sahaja, motivasi akan sentiasa diberi agar pelajar-pelajar sentiasa bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Pelajar boleh sentiasa bertanya  kepada saya pada bila-bila masa melalui telefon, mesej, whatsapp, viber, emel atau apa juga kaedah yang sesuai. InsyaAllah, saya akan berusaha membalasnya secepat mungkin.

         Kesimpulannya, teknik pengajaran terbaik beserta ukhwah yang utuh antara pelajar dan saya sebagai cikgu tuisyen insyaAllah akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi mutu dan prestasi pelajaran mereka. Doa dipanjatkan kepada ALLAH swt agar semua anak didik saya akan berjaya suatu hari nanti..Amin.

        Saya amat mengalu-alukan jika ada di antara ibu bapa atau pelajar yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan home tuition ini. Selain dari itu, saya juga turut menawarkan perkhidmatan belajar membaca bagi anak-anak berusia 5 hingga 6 tahun. Subjek yang diajar beserta kadar bayaran adalah seperti di bawah:


DARJAH 1 - 6
TINGKATAN
1 - 3
TINGKATAN
4 - 5
UMUR 5 -6 TAHUN
BAHASA MELAYU
RM 30/jam



MATEMATIK
RM 30/jam
RM 35/jam
RM 40/jam

SAINS
RM 30/jam
RM 35/jam
RM 40/jam

KIMIA


RM 45/jam

PROGRAM KHAS MEMBACA




RM 20/jam
 
Sesi pengajaran : Isnin - Rabu ( 8-10 mlm)
                                 : Jumaat (8-10 mlm)
                                 : Sabtu dan Ahad
       
Saya boleh dihubungi melalui:
                                     
             Handphone : 012-9730966
             Emel           : wardamohamadnasir@gmail.com

Syukran. Terima kasih. Thank you. Domo arigatoo.

"Pelajar Cemerlang, Ibu Bapa Girang, Lahirlah Generasi Terbilang"


         
                         

             

Selasa, 10 September 2013

catatan pertama blog ku..

          Assalamualaikum semua..selamat pagi..sabahinnur..ohayyo gozaimasu! Alhamdulillah, niat hati untuk membina blog sendiri akhirnya tercapai juga..Cikgu Warda_Muar Home Tuition. 

         Nama saya ialah Warda Mohamad Nasir. Graduan Sains Kimia dari UKM. Full time home tutor di kawasan Muar. Maklumat lanjut akan saya update nanti ya..tunggu..Ibu bapa di sekitar daerah Muar bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa..cuti sekolah pun tidak lama lagi..jadi elok rasanya pelajar mengisi masa lapang 2 hingga 4 jam seminggu untuk mula belajar subjek-subjek yang dirasakan agak sukar difahami. Waktu belajar kita belajar ye adik-adik..waktu bermain, kita main betul-betul..

         Sampai di sini..maklumat seterusnya akan saya update nanti..terima kasih :)